Saturday, 13 September 2008




PERTANDINGAN MENCIPTA
LOGO PERSATUAN PENDUDUK DELIMA HEIGHT



Jawatankuasa Penduduk Delima Height akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo. Logo yang terpilih dan memenangi pertandingan ini akan dijadikan logo rasmi Persatuan Penduduk Delima Height.

Oleh itu, saudara/saudari dijemput untuk memasuki dan memeriahkan pertandingan mencipta logo ini. Syarat-syarat pertandingan ini adalah seperti dinyatakan dibawah.

Syarat-syarat pertandingan;

1. Warna untuk logo dihadkan kepada 3 warna sahaja.
2. Peserta perlu menghuraikan maksud warna yang dipilih dan maksud logo ciptaannya.
3. Penyertaan terbuka kepada semua penduduk Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 September 2008
5. Semua penyertaan hendaklah diserahkan kepada AJK Persatuan Penduduk di Pondok Kawalan Sukarela Persatuan (Hadapan Blok 5)
6. Hadiah Utama : Penginapan 2 hari 1 malam di Naza Hotel.
Hadiah Saguhati akan diberikan kepada setiap penyertaan.
7. Pemenang akan diumumkan pada malam Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2008.
8. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Sekian, terima kasih.


JAWATANKUASA PENDUDUK DELIMA HEIGHT